Wednesday, July 30, 2008

Kehidupan Masih Seperti Ini......

seingatku, lama jugak aku tidak menjenguk ke sini... hambatan kerja sentiasa ada... huhuhuhu.... tambahan kondisiku kurang sihat kebelakangan ini.. mungkin sebab naik turun flight gamaknya... aku teringin untuk bercuti panjang, memberikan rehat buat diri sendiri, namun peluang itu bagai tertutup rapat sekarang.. tuntutan kerjaku, hampir setiap minggu aku kena outstation.. sampaikan ibu n ayah bising-bising... nak wat mcmana, dah keje aku gini... dulu dorg jugak yg beriya2 menyuruh aku memilih tugas ini.. alahai ayah, alahai ibu...

semalam, aku baru balik dari Putrajaya... penat masih ada dlm diriku.. pagi ini terpaksa masuk opis lagi, sbb ada laporan yg perlu disiapkan.. ehm, aku mula menyukai tugas ini... entah kenapa walaubagaimana penat pun aku sekarang aku masih mampu tersenyum.. kalau dulu, balik dari outstation je, aku terus bertapa dalam bilik.. siap letak signboard 'Jangan Ganggu Klo Xnak Naya".... hihhihi.....

apalagi ek?? ehm, aku sudah tinggal sendirian kini, setiap kali balik ke rumah, sunyi yang teramat... pernah ku utarakan kepada ayah, agar membenarkan seorang adikku tinggal bersamaku semasa cuti sekolah, namun ayah keberatan... yalah, dah aku sibuk memanjang, siapa nak tengok2kan adikku di rumah nanti?? aku mengeluh, betul jugak kata ayah... ujung minggu lepas family aku dtg menjenguk aku di negeri orang ini... walaupun hanya 2 orh adikku ikut serta, namun bagiku itu sudah cukup untuk melepaskan rindu kepada mereka.... namun, pantas betul masa berlalu hari itu... belum puas bersama mereka, mereka terpaksa balik sebab adikku terlibat dengan kem motivasi pulak keesokkan paginya...

lembut suara ibu memujuk, kalau ada masa dorg akan dtg lagi melawatku... sedih sangat... aku rindu betul dengan mereka... huhuhuhuuuhuhu....... tapi, xpe la.. kan aku dah biasa tinggal jauh dari family.. dari kecik lagi ayah sudah melatih kami agar pandai berdikari.. jgn terlalu bergantung harap pada org lain... memang itu pun yang sedang aku cuba lakukan sekarang... namun, semakin dewasa diri ini, semakin aku ingin dekat dengan keluarga... kerana aku sudah selalu berjauhan dengan mereka.....

apa lagi ek? ehm, minggu ini adalah minggu rehat kepadaku... laporan dah siap, tunggu penegsahan dari bos saja lagi..bolehla aku mengulangkaji pelajaran lak... jgn xtau walaupun dah keje, tp tetap ada exam yang perlu dihadapi.. huhuhuhuu... terasa hidup kat kolej la pulak... cuma waktu kat kolej dulu xde la selalu kepalaku berat seperti ini....

ehm, apalagi ek??? lain kali sambung lagi la.... hihiihi, nak download lagu la pulak...... chow...