holla.... ari ni aku rasa tetiba nak cerita pasal diri aku lak... yang penuh warna warni.. tapi mungkin kisah ini tidaklah seindah kehidupan orang lain yang barangkali lebih bercorak dan menarik..
mengapa stanza? stanza ni biasanya digunakan untuk menggambarkan suatu puisi atau sajak yang panjang.. tapi, aku bukan la nak berpuisi atau bersajak.. saja nak guna perkataan tuh.. macam best je kan... stanza aku guna kan untuk menulis diari kehidupan ku yang panjang dalam bentuk tulisan yang sudah dirumuskan....
ehm, mana aku nak mula ek? aku mula dengan biodata aku dulu la ek..... namaku Dygku Siti Raqaizah bt Awgku Kamaludin.. memiliki nama seunik ini menyebabkan orang selalu tanya.. apa maksud Raqaizah tu? mana ayah ko dapat? dan pelbagai soalan dan pertanyaan lagi.. aku mula-mula rasa susah jugak nak jawab kan.. yelah, yg bagi nama ayah aku, so aku tanya la ayah. apa kebende yang dia letak nama aku macam tu... ada kisah rupanya nama tu.. oleh sebab aku anak sulung, lahir setahun lak tu lepas dorg kawen.. so, ayah amik inisiatif untuk menggabungkan nama tiga orang yang memainkan peranan penting dalam hidup aku... RA...H di ambil dari nama ibu (Rafiah), QA pula dari nama ayah (kamaludin, k diubah kepada q sebab ayah kata lebih menarik) dan IZA pulak dari nama arwah atuk sebelah ibu (zainal)... maka terciptala RAQAIZAH... dan dengan nama itu la aku dikenali sehingga kini dan akan ku bawa sehingga hujung nyawa.. kerana nama itu membawa banyak makna kepada aku.. lambang kasih sayang yang tak pernah padam...
aku dilahirkan pada 29 Januari 1984.. anak sulung dari 8 beradik (yang ke-2 meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan)... permata pertama dalam keluarga Awgku Kamaludin b. Pgn. Budin dan Siti Rafiah bt Hj. Zainal... aku agak dimanjakan kerana adik-adik aku selepas itu semuanya lelaki dan ibu & ayah menunggu selama 16 tahun untuk mendapatkan anak perempuan semula.. tempoh yang cukup panjang dan lama....
selaku anak sulung pada aku la segala eksperimen bermula.. bermula dari didikan awal, pendidikan rendah, pendidikan menengah sehinggala ke pendidikan tinggi dan alam pekerjaan... kadang-kadang aku rasa jadi anak sulung ni perit jugak.. ayah memang tegas dengan aku.. aku tidak begitu bebas berkawan kerana semuanya dalam kawalan ayah... terutama waktu masih kecil.. aku kena jadi dewasa berbanding umur aku..aku 'dilarang menangis' kerana ia menunjukkan aku seorang yang lemah.. aku dididik untuk menjadi seorang yang berani dan cekal... maklumlah pada aku terbeban sandaran tinggi keluarga... harapan keluarga..dengan adik-adik yang masih kecil dan nakal... namun, setelah dewasa kini baru aku sedar didikan dan kawalan keluarga perlu untuk menghadapi dunia luar yang mencabar seperti hari ini.. ayah dan ibu sudah bekalkan ilmu yang cukup untuk aku jadikan benteng hidup sendirian...
adik-adik aku pulak ada 7 orang semuanya... Dygku Siti Ruffianni (meninggal, aku pun ingat-ingat lupa bagaimana rupanya tapi dia memang adik aku yang comel.. kalau dia masih ada sekarang mungkin kami akan menjadi kawan yang paling rapat), Awgku Mohd Alif (21, sekarang ni keje ngan Jabatan Kebajikan Masyarakat), Awgku Mohd Fakhri (19, amik STPM tahun ni), AWgku. Mohd Hazlami (17, amik SPM tahun ni), Awgku Mohd. Zulfadhli (14, SMK Agama Limbang), Awgku. Mohd. Zulfakar (12, baru abis UPSR) dan Dygku Siti Izzah Insyirah (8 tahun ari ni). keluarga aku banyak hero.. so, tak heran la sikap aku dan adik aku yang bongsu sedikit sebanyak terpengaruh dengan mereka..
kami dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.. keluarga aku bukan la orang berada, tapi alhamdulillah keputusan ayah dan ibu untuk ingin tinggal berasingan daripada keluarga besar mereka sedikit sebanyak membawa rahmat... bermula dengan tinggal di pondok kecil sehingga la memiliki rumah sendiri yang mempunyai bilik-bilik yang khas untuk kami semuanya dan lengkap dengan kemudahan yang lainnya yang kami tidak punya semasa zaman kanak-kanak kami... kami dibesarkan dalam acuan yang begitu mementingkan pendidikan dan maruah keluarga.. kami dibesarkan dengan didikan yang tidak keterlaluan dimanjakan.. kami diajar berdikari, sejak kecil lagi tinggal di asrama.. tinggal berjauhan dari keluarga dan hanya balik pada cuti sekolah menguatkan ikatan keluarga...
cuma adik aku yang bongsu tinggal bersama dengan ayah dan ibu sekarang kerana ibu kata dia sunyi kalau semua anak-anaknya tinggal berasingan... betul jugak dengan aku yang sekarang ni sudah berada di Negeri Sabah, Alif di Limbang dan adik-adik yang masih bersekolah tinggal di asrama, aku mengerti perasaan ibu...dan dialah anak yang paling dimanjakan antara kami adik-beradik.. biasalah nama pun anak bongsu, dan dia dilahirkan dalam keadaan ekonomi keluarga sudah keluar dari kemiskinan.. anak yang paling berutung kerana tidak merasai zaman kanak-kanak seperti aku... alhamdulillah....
kata ibu aku agak nakal semasa kecil.. seingat aku aku memang nakal pun.. agak tomboyish, kawan-kawanku banyak lelakibagaimana agaknya aku semasa melewati zaman kanak-kanak aku ek? tunggu di chapter ke-2..
Thursday, September 11, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Bulan Pose Bulan Rehat Memanjang.....
hari ini hari ke-10 berpuasa... alhamdulillah, sudah selesai sepertiga Ramadhan.. biarlah Allah nilai ibadah kita... bagaimana agaknya dua pertiga Ramadhan lagi? aku jadi tidak sabar untuk melaluinya....
bulan ramadhan ni, aku duduk kat opis saja... tiada lagi kerja luar seperti bulan-bulan lepas.. memang adat di sini, bulan posa segala bentuk operasi akan dibekukan, kevuali pada kerja-kerja yang memerlukan tindakan segera dan arahan dari pihak kementerian... huh.. sebut pasal rehat ni, aku yang selalu terperuk dalam opis ni rasa macam ada yang tak kena... yalah, selalunye nak lap peluh pun tak sempat. kena pegi outstation la, nak kena pegi Putrajaya la... nak kene ada meeting la.. segala macam ade.. tapi bulan ni sunyi pulak.. balik pulak awal.. macam nak cukupkan syarat jer.. jangan tak punch kad sebulan ni... bagus jugak la kan.. kurang la sikit dosa mata, dosa telinge... hihihii....
tapi, bulan ni masuk bulan ke-4 aku tak terima gaji aku.. dah naik lunyai dah mulut aku tanya pasal gaji.. sistem pun sistem jugak la kan.. abis aku pun ada tanggungan jugak.. nak kena bayar kerete, bayar sewa rumah, bayar pinjaman bank, insurans aku lagi.. sume tu perlu wang yang bukan sedikit... aku mengerti kesusahan ayah ngan ibu yang terpaksa 'tanggung' aku tiga bulan ni... tapi, berat mata memandang berat dan sakit lagi bahu yang memikul bebanan ni haaa.... dan, syawal bakal menjelang ni.. aduh, satu apa pun tak beli lagi...macamana nak beli kalau duit tak de? dorang staff selalu cakap sabar je la.. memang macam tu.... memang la macam tu, tapi kan boleh kompromi.... ada banyak cara nak selesaikan tapi bahagian gaji pulak cakap, kita terpaksa ikut sistem... alahai, gamaknya kalau sistem tu dah tak leh proses gaji aku, sampai bila-bila la aku tak bergaji...... kerja pun macam tak kerja jugak.... berpenat berlelah, bukan sikit duit kuar, aku kena tanggung sendiri... gajinye tak kuar..... naik menyampah aku bila memikirkan perkara ni... nasib baik lah pose, kalau tak memang dah ada yang aku jadikan sambal belacan....
aku cakap kat sini pun tak guna, bukannya boleh membantu pun apa yang aku hadapi sekarang.. tapi sekurang-kurangnya perasaan aku yang membara ni dapatlah dikurangkan sikit... tensionlah assyik fikir tentang gaji ni... nak kena fikir macamana cara nak berhadapan dengan pihak bank, tuan rumah.. aduh, rasa nak tercabut kepala... huhuhuhuhu....
eh, apa yang aku membebel ni? panjang lak tuh.. tak pe la.. meluahkan perasaan satu terapi jugak la kan... aku pun takde kawan yang r apat di sini untuk berkongsi masalah dan perasaan... ade yang sudi nak kongsi, tapi dorang pun ada masalah yang perlu diselesaikan jugak... macam biasalah aku tak suke membebankan orang dengan masalah aku, tapi aku selalu terbeban dengan masalah orang... laaaaa, aku merepek lagi laaaaa.... sebelum aku jadikan blog aku ni tempat meluahkan perasaan tak puas hati, ada baiknya aku stop kat sini dulu.. hihihihi, layang lagu siti nurhaliza lagi bagus... hidup penuh bicara, ada benar ada dusta, ku hanya manusia, yang ingin kenal erti cinta..... bla, bla, bla....

Yang Pergi Tak Kembali.....
semalam sebelum balik, ibu tetiba kol aku.. untuk gtau yg pak sedara belah ayah (sedara jauh) meninggal dunia secara mengejut... takde sakit, cuma beberapa minit sebelum menghembus nafas terakhir arwah mengadu pening kepala... aku apalagi tanpa sedar berteriak... sampaikan beberapa staff menerpa masuk dalam bilik aku, ingatkan aku ada apa-apa... huhuhuhhu, terkejut betul aku.. aku urut dada dan mengucap... menenangkan jantung aku tiba-tiba berdebar kuat...
aku dapat bayangkan macamana suasana di rumah arwah masa tu.. mesti dalam keadaan yang terkejut dan tidak bersedia dengan kehilangan itu... bukan saja keluarga malahan seluruh kampung pun mungkin terkejut.. maklum sajalah arwah adalah ketua kampung kami.. menurut ibu, satu kampung menziarahi arwah... alhamdulillah, walaupun mengejut orang kampung masih tak lupa pada arwah.. yalah apa nak diingat lagi perangainya semasa hidup.. arwah memang seorang pemimpin yang selalu melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan dengan kampung sekitar.. kiranya kami kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa masyarakat....
pemergian arwah sedikit sebanyak memberikan jawapan kepada peristiwa 2, 3 malam lepas... selepas aku memberikan salam pada tahiyat terakhir solat Isya', tiba-tiba aku tercium bau kapur barus.. mau tak berdiri bulu roma aku... ingatkan bau bedak ke minyak wangi ke... namun, aku cuba beranikan diri juga untuk tidur... aku tak pulak cakap bende tu ngan ibu semalam... mesti ibu kata aku mengarut... dah la masa aku cerita tentang mimpi-mimpi berjumpa ngan arwah atuk, dia kata aku selalu lupakan atuk sebab tu atuk datang dalam mimpi aku.... hish.. tak pernahnya aku lupa ngan atuk.. ibu ni memamng selalu buat rumusan awal....
tapi itulah, yang pergi takkan kembali.. mereka telah selamat bertemu Tuhannya.. kita yang tinggal mesti tabah dan bersabar.. teruskan kehidupan.. lumrah hidup memang begitu.. bak kata arwah atuk, takkan ade manusia yang hidup menongkat dunia.. kita semua akan bertemu di alam sana... cuma persoalannya cepat atau lambat sahaja.... Allah punya pelbagai rencana untuk kita, yang kita sendiri tidak tahu apakah kesudahan kita.... hanya harapan kita biarlah kesudahan kita yang hasanah dan dijanjikan syurga..... sempena ramadhan yang mulia molek kiranya kita muhasabah diri kita... layakkah kita untuk mendiami syurgaNya nanti? fikir-fikirkanlah......

Subscribe to:
Comments (Atom)