Thursday, July 3, 2008

perginya insan yg ku sayang......

rasanya tanyala sesiapa di kalangan keluargaku.. pasti masing-masing akan mencatatkan 31 Mei 2008 adalah tarikh yg paling meninggalkan kesan dalam hidup kami...

atuk pergi meninggalkan kami buat selamanya.. masih terngiang-ngiang suara atuk memarahi kami.. gelagatnya menasihati kami.. aku yg paling terkesan dgn kehilangan atuk.. manakan tidak, malam sebelum atuk pergi, aku sempat berbisik memohon kemaafan dari atuk kerana aku terpaksa pergi ke Putrajaya untuk melapor diri. atuk hanya mengangguk kepala, tanda mengizinkan. dan bila aku memohon kemaafan kepanya, atuk mengangguk lagi tanda faham. sungguh, aku tidak menyangka itulah kali terakhir aku berbicara dengan atuk.

dan pada paginya, atuk kembali beransur pulih. kami sekeluarga berasa lega melihat atuk boleh bercerita dan masih mengenali kami. namun, 11.03 pagi, atuk kembali nazak. dan 11.10 pagi atuk meninggalkan kami buat selamanya. perginye dengan keredhaan kami. hati terasa sedih sangat, namun Allah lebih menyayanginya. tapi, kami hanya ingin atuk tau, atuk sentiasa segar dalam ingatan kami semua. kami tetap menyayangi atuk sampai bila-bila. dan buat diriku, aku akan cuba menyayangi kerjaya ini, kerana ini adalah amanat terakhir dari atuk.

Al-Fatihah untukmu, Haji Zainal bin Matali (1909-2008).

No comments: