tetiba je aku rasa sunyi sangat2... entah kenapa nama seseorang boleh muncul dalam benak aku sekarang.. sedangkan dah lama kisah antara aku dan dia berlalu.. dan aku pun telah 'tutup buku' dan melupakan segala yang pernah berlaku antara kami.... tapi, entah kenapa hari ini aku tiba2 mengingatinya....
kisah kami bermula atas jasa baik baik seorang kawan.. kami berkenalan, menjadi kawan dan akhirnya berkongsi satu perasaan yang cukup indah.... kala itu, aku mengakui dunia sentiasa berwarna-warni sejak kehadirannya.. kenangan yang tercipta bersamanya walaupun singkat tetapi cukup meninggalkan kesan yang amat mendalam.. dan yang paling aku tak boleh lupa senyuman dan kerlingan matanya... mana mungkin aku akan jumpa lagi senyuman semanis senyumannya... kerlingan setajam kerlingan matanya yang selalu meresahkan aku... yang selalu mengetuk mimpiku saban malam...
namun, kerana aku menginginkannya untuk menjadi insan yang cukup sempurna.. aku terlupa bahawa dia juga seorang manusia biasa... kerana aku lupa tentang itu, aku kehilangan dirinya... cukup perit... ehm... aku tahu cinta pertama memang sukar untuk dilupakan... aku tahu tentang itu... namun, sudah terlambat untuk aku menyesalinya..
aku hanya manusia yang hanya mampu mengukir satu mimpi indah yang sukar menjadi kenyataan.... buatmu F, moga dirimu bahagia selalu... terima kasih kerana segalanya.... percayalah.. hati ini tetap tulus mendoakanmu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment