Thursday, August 21, 2008

Aku akab Balik Sambut Ramadhan Bersama Family ku....

bestnye.. aku akan bercuti tak lama lagi... dah x tahan dah homesick nih... huhuhhuu.. nasib baik la keje2 aku hampir sumenye beres.. so, menjelang Ramadhan aku akan berada nuuuunnnnn di sisi familyku... best betul.. sampaikan terakam dalam mimpi2 ku malam kebelakangan nih...

tapi, sebenarnya aku balik kerana aku terlalu merindui arwah atuk.. sekarang ni dalam tidur pun aku akan menangis kerana terlalu merinduinya.. Tuhan, sakit betul perasaan rindu nih.. selalunya setiap kali aku balik kampung aku masih boleh menemuinya.. boleh memeluk dan menciumnya... tapi, kali ini hanya yang ada hanya kenangan bersamanya... betul la kata orang, sebelum sesuatu atau seseorang itu hilang, sayangila ia sesungguhnya, kerana sekali ia hilang, kau akan selalu merinduinya....

sememangnya aku redha dengan pemergiannya, namun aku masih belum dapat menerima kehilangannya.... sungguh aku terlalu merinduinya..... aku sangka aku akan tabah dan menerima hakikat, namun jauh di sudut hati... ahhh, betul-betul parah... luarannya aku memang okey... tapi, bila bersendirian, aku kembali menjadi aku yang betul2 lemah... air mata terlalu murah keluar dari mataku...

moga atuk bahagia di sisi-Nya... Aidilfitri ini terasa suram tanpa adanya atuk... Aidilfitri ini hilang serinya tanpa mengucup tangan atuk di pagi 1 Syawal... Tuhan.... lindungi atuk... Al-Fatihah...

No comments: