Tuesday, September 9, 2008

Yang Pergi Tak Kembali.....

semalam sebelum balik, ibu tetiba kol aku.. untuk gtau yg pak sedara belah ayah (sedara jauh) meninggal dunia secara mengejut... takde sakit, cuma beberapa minit sebelum menghembus nafas terakhir arwah mengadu pening kepala... aku apalagi tanpa sedar berteriak... sampaikan beberapa staff menerpa masuk dalam bilik aku, ingatkan aku ada apa-apa... huhuhuhhu, terkejut betul aku.. aku urut dada dan mengucap... menenangkan jantung aku tiba-tiba berdebar kuat...

aku dapat bayangkan macamana suasana di rumah arwah masa tu.. mesti dalam keadaan yang terkejut dan tidak bersedia dengan kehilangan itu... bukan saja keluarga malahan seluruh kampung pun mungkin terkejut.. maklum sajalah arwah adalah ketua kampung kami.. menurut ibu, satu kampung menziarahi arwah... alhamdulillah, walaupun mengejut orang kampung masih tak lupa pada arwah.. yalah apa nak diingat lagi perangainya semasa hidup.. arwah memang seorang pemimpin yang selalu melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan dengan kampung sekitar.. kiranya kami kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa masyarakat....

pemergian arwah sedikit sebanyak memberikan jawapan kepada peristiwa 2, 3 malam lepas... selepas aku memberikan salam pada tahiyat terakhir solat Isya', tiba-tiba aku tercium bau kapur barus.. mau tak berdiri bulu roma aku... ingatkan bau bedak ke minyak wangi ke... namun, aku cuba beranikan diri juga untuk tidur... aku tak pulak cakap bende tu ngan ibu semalam... mesti ibu kata aku mengarut... dah la masa aku cerita tentang mimpi-mimpi berjumpa ngan arwah atuk, dia kata aku selalu lupakan atuk sebab tu atuk datang dalam mimpi aku.... hish.. tak pernahnya aku lupa ngan atuk.. ibu ni memamng selalu buat rumusan awal....

tapi itulah, yang pergi takkan kembali.. mereka telah selamat bertemu Tuhannya.. kita yang tinggal mesti tabah dan bersabar.. teruskan kehidupan.. lumrah hidup memang begitu.. bak kata arwah atuk, takkan ade manusia yang hidup menongkat dunia.. kita semua akan bertemu di alam sana... cuma persoalannya cepat atau lambat sahaja.... Allah punya pelbagai rencana untuk kita, yang kita sendiri tidak tahu apakah kesudahan kita.... hanya harapan kita biarlah kesudahan kita yang hasanah dan dijanjikan syurga..... sempena ramadhan yang mulia molek kiranya kita muhasabah diri kita... layakkah kita untuk mendiami syurgaNya nanti? fikir-fikirkanlah......

No comments: