Tuesday, July 8, 2008

..Jatuh Cinta, Putus Cinta, Bertemu Cinta.. Perkara Biasa

hari ini, topik agak jiwang sikit.. tak tau la apa relevannya.. tp, sejak kebelakangan ni memang banyak rakan2 ku dilamun cinta, putus cinta dan bertemu cinta baru biarpun pada awalnya bermati-matian menegakkan prinsip "AKU TAKKAN JATUH CINTA LAGI".

fragmen pertama, bila memperkatakan jatuh cinta.. ahhh, sapa yang tak nak jatuh cinta.. kata orang 'andainya kita mampu menyelami segala rahsia, mendalami segala ilmu dan apa saja, tetapi tak punya cinta kita sebenarnya tak punya apa'.

masuk ke alam percintaan, bagai melangkah ke satu dunia baru.. manisnye masa bercinta sampaikan kentut pun bau wangi.. (lawak betul kan).. tiada yang buruk, semuanya cantik belaka.. teringat lak kata kawan aku.. masa inilah kalau nak rasa sambal belacan rasa strawberry... begitulah cinta...

cinta membawa pelbagai warna.. kerana cinta, mimpi kita setiap malam membuatkan kita tersenyum sepanjang hari.. kadang-kadang, terbangun tengah malam terus capai handphone, dail no sang kekasih hanya untuk mengucapkan "I LOVE U SAYANG".. indah betul alam percintaan.. banyak masa dihabiskan berdua.. pantang silap tingkah, merajuk sang kekasih... pelbagai usaha dijalankan untuk memujuk agar rajuknya tidak berpanjangan..

namun, bila terjadinya putus cinta.. masing-masing mula mengungkit.. kenapa pengorbananku dulu tidak dipedulikan? kenapa cintaku dulu tidak dihargai? kenapa diriku dipandang sepi? semuanya kenapa tanpa ada jawapan.. aku sendiri tidak punya jawapan..

semuanya tidak lagi seperti dulu.. kita akan menjadi dua insan yang berbeza.. lumrah percintaan.. pasti ada yang salah, pasti ada yang kurang.. namun kenapa tidak buka hati untuk menerima apa jua kekurangan?? manusia tiada yang sempurna... mulalah menyesali satu pertemuan.. kalau aku tidak jatuh cinta, pasti aku takkan jadi begini.... kalau aku tak jatuh cinta, pasti aku takkan merasa terluka begini..

jangan pernah salahkan cinta, kerana cinta adalah anugerah yang paling besar nikmatnya... kerana cinta, kita mengenali erti bahagia, kerana cinta jugalah yang mengajar kita, kita bukanlah manusia yang sempurna untuk mendapat orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita...

jadikan segala kenangan yang tercipta sewaktu menyemai cinta sebagai kenangan yang paling indah, sebagai bukti kita dan dia pernah berkongsi satu perasaan yang sama.. pernah berkongsi suatu keindahan bersama... lebih elok begitu kerana lebih baik menangis kerana putus cinta, daripada menangis kerana tidak pernah merasai cinta langsung....

dan, setelah sampai satu masa.. jangan takut untuk bertemu cinta baru.. masuki semula alam itu bersama si dia yang baru.. terokai alam itu semula dengan nafas yang baru.. jangan sesekali bandingkan dia dengan dia... jangan sesekali samakan cinta ini dengan cinta yang kecewa.. kerana manusia dilahirkan berbeza, tiada manusia yang mahu disama-samakan.. belajarlah untuk menerima kelemahan dan kekurangan.. cintailah dia kerana dirinya, bukan kerana siapa dirinya atau siapa keluarganya.. jangan sesekali ulangi kesilapan yang lalu.. hubungan itu pasti akan membawamu ke satu fasa penghidupan yang baru.. andai kau terluka lagi.. jangan pernah berhenti untuk mencintai..

kerana Tuhan memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat. Tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana, Tuhan telah memberikan sekeping lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA.

dan buat rakan-rakan yang masih di alam percintaan, peliharalah cinta kalian sebaiknya... yang putus cinta, ambillah sebanyak mana masa untuk kau pulih semula... dan jangan pernah berhenti untuk mencari cinta.... adakah aku juga sedang dilamun cinta?? oppsss, itu rahsia.... =p

'Bibir tak perlu berkata apa, pabila hati sudah mula bersuara'

No comments: