selamat pagi... semoga hari ini ceria, seceria senyuman suria pagi...
hari ini aku sengaja memilih bicara ini.. kerana entah kenapa aku seakan-akan rindu dengan sahabat-sahabatku yang telah aku tinggalkan demi jalan yang aku pilih kini...
semalam, aku menerima perkhabaran gembira apabila sahabat baikku sekali lagi dipilih untuk mewakili Negeri Sarawak untuk Pertandingan Debat Peringkat Kumpulan Kebangsaan... pertandingan yang kami sama-sama sukai dan minati... aku tau dia memang berhak terpilih.. hanya dia sudah pudar semangatnya lantaran tekanan yang datang membebaninya..
seminggu sebelum ini, dia seolah-olah sudah berputus asa dengan segala-galanya... dikhabarkan kepadaku bahawa segalanya sudah tidak seperti dulu.. jauh di sudut hati aku tahu apa yang menekannya.. aku tahu apa yang bermain di benaknya.. aku tahu, malap kobar semangatnya kerana cabaran yang semakin sengit, kontradiksi yang semakin hebat.... tambahan aku tiada bersama.. tapi, percayalah sahabatku.... aku akan sentiasa menjadi tulang belakangmu untuk terus mencipta kegemilangan yang kita bersama impikan...
buatmu sahabat.. Rizal (Brader Bob).. selamat berjuang.. aku menanti kepulanganmu dengan kejayaan... percayailah kekuatanmu, kerana aku dulu pun belajar dari semangat yang kau selalu kobarkan.. aku mempercayai kebolehanmu, jangan mudah mengalah... kerana itu bukan kau yang aku kenali.....

No comments:
Post a Comment