ujung minggu, aku boring dok kat umah... kosong betul umah tu.. aku tengok dinding, dinding tengok aku.. so, aku memberanikan diri menjelajah bandaraya besar ini sendirian... perasaan takut tu memang ade, tapi hidup di rantauan mesti berani (iye lah tu)...
macam2 la yg aku nampak.. paling mengesan ialah apabila adik sekecil 6 tahun sudah pandai mencari rezeki... flashback, aku sewaktu umur itu, paling aku pandai suruh ibu masak maggi untuk aku.. huhuhuuhu... betapa manjanya aku dulu...
anyway, bukan itu yg aku nak cerita... sejak aku berada di sini, minat aku pada hobi aku yg satu itu makin berkembang biak.. pantang jumpa majalah, semua aku layannnnn... so, daripada aku menghabiskan masa melaburkan duit aku yang ntah tinggal berapa sen je lagi, aku masuk ke bookstore.. masalah utama aku, aku tak tau mana letaknya bookstore tuh.. jenuh aku berpusing di tengah lautan manusia yang pastinya mempunyai pelbagai tujuan berkumpul di situ.... naik tingkat 1, ade sale kasut... naik tingkat 2, menengok pulak remaja2 yg datang ngan pasangan masing2.. sesekali cuci mata x pe.. naik tingkat 3, sangkut pulak kat booth celcom... huhuu, last lutut aku dah bergegar baru la aku temui gedung ilmu itu.. fuh, apasalla dorg letak bookstore tingkat paling atas sekali...??? huhuuu
port pertama yg aku jenguk sudah semestinya port komik.. hihihihi... alahai, susah betul aku nak buang tabiat aku yg satu nih.. suka sangat baca komik. kalau kat umah ayah selalu merungut, komik tu xde faedahnye.. buang duit je beli banyak2.. tp, ayah tak tau komik ni sebenarnya amat membantu klo nak release tension.... ade gak lah 4, 5 komik yang aku beli.. saje nak isi masa lapang aku yang sememangnya lapang...
dah tu, aku saje2 lalu kat ruangan novel.. apa yang aku tau, novel sekarang ni banyak yg stereotype.. (mintak maaf cakap la).. jalan ceritanya lebih kurang same, maksud aku kita dah dapat teka apa kesudahan cerita itu... lagipun tabiat aku, klo nak beli buku, aku akan baca muka surat depan, tengah dan belakang... klo hati aku kata.. dah aku agak dah ending dia mcm ni... aku xkan pandang ngan buku tu pun...
tapi, ntah kenapa bila memandang buku "Setulus Kasih Ika".. aku terhenti lama di situ... aku tengok nama penulisnye.. owh, penulis baru.. aku baca sinopsisnya, secara jujur aku dah tau jalan ceritanya...tp, hati aku bagai ditarik untuk mentelaah novel ini.. sudahnye, buku itu kuambil dah menjadi hakmilikku... hihii
sesampai kat umah, aku mula menelaah buku itu dengan nescafe 3 in 1 (aku malas nak wat grand2) dan sneak dari muka 1 hingga tamat. jalan ceritanya memikat.. aku bagai melihat satu wayang gambar dan mula membayangkan watak utamanya begini dan begitu.. hihihii..
aku terpaut hati pada watak Ika yang mendominasi hampir keseluruhan cerita.. bagaimana cintanya direntap saat pandangan pertama.. namun, yg paling aku kagumi adalah kesungguhan ika mengubah kehidupannya secara total.... wataknya ditulis mengikut pandanganku berdasarkan pengalaman samada pengalaman yang dialami sendiri atau pengalaman yang diadaptasi dari pengamatan yang teliti.. wahhh, aku dah jadi pengulas novel pulak...
dan, aku terpikat dengan watak Yusuf Hakimi, yang digambarkan sebagai pencinta yang setia, kekasih yang berkarisama dan seorang lelaki yang mempunyai harga diri yang cukup tinggi (maaf kalau aku gagal mentafsir dengan sehalus bahasa).. walaupun wataka Yusuf Hakimi ini lebih kurang sama saje dengan watak2 hero yang lain dalam novel2 yang banyak di pasaran, tapi aku merasakan watak ini cukup istimewa...
apa yg dapat aku rumuskan secara keseluruhan cerita.... yang paling penting kita percaya pada hati.. biarlah apa orang lain nak kata, yang penting apa yang hati kita kata... ciptalah sebanyak mana impian, biar pada mereka impian itu sesuatu yang mustahil untuk digapai, biarkan... hati kita yang akan menentukannya.... jangan takut untuk bermimpi, kerana dari mimpilah bermulanya segala perjalanan... hihihihi... adios...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment