Thursday, September 11, 2008

Stanza Seorang Aku (1) : Alkisahnyer.....

holla.... ari ni aku rasa tetiba nak cerita pasal diri aku lak... yang penuh warna warni.. tapi mungkin kisah ini tidaklah seindah kehidupan orang lain yang barangkali lebih bercorak dan menarik..



mengapa stanza? stanza ni biasanya digunakan untuk menggambarkan suatu puisi atau sajak yang panjang.. tapi, aku bukan la nak berpuisi atau bersajak.. saja nak guna perkataan tuh.. macam best je kan... stanza aku guna kan untuk menulis diari kehidupan ku yang panjang dalam bentuk tulisan yang sudah dirumuskan....



ehm, mana aku nak mula ek? aku mula dengan biodata aku dulu la ek..... namaku Dygku Siti Raqaizah bt Awgku Kamaludin.. memiliki nama seunik ini menyebabkan orang selalu tanya.. apa maksud Raqaizah tu? mana ayah ko dapat? dan pelbagai soalan dan pertanyaan lagi.. aku mula-mula rasa susah jugak nak jawab kan.. yelah, yg bagi nama ayah aku, so aku tanya la ayah. apa kebende yang dia letak nama aku macam tu... ada kisah rupanya nama tu.. oleh sebab aku anak sulung, lahir setahun lak tu lepas dorg kawen.. so, ayah amik inisiatif untuk menggabungkan nama tiga orang yang memainkan peranan penting dalam hidup aku... RA...H di ambil dari nama ibu (Rafiah), QA pula dari nama ayah (kamaludin, k diubah kepada q sebab ayah kata lebih menarik) dan IZA pulak dari nama arwah atuk sebelah ibu (zainal)... maka terciptala RAQAIZAH... dan dengan nama itu la aku dikenali sehingga kini dan akan ku bawa sehingga hujung nyawa.. kerana nama itu membawa banyak makna kepada aku.. lambang kasih sayang yang tak pernah padam...



aku dilahirkan pada 29 Januari 1984.. anak sulung dari 8 beradik (yang ke-2 meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan)... permata pertama dalam keluarga Awgku Kamaludin b. Pgn. Budin dan Siti Rafiah bt Hj. Zainal... aku agak dimanjakan kerana adik-adik aku selepas itu semuanya lelaki dan ibu & ayah menunggu selama 16 tahun untuk mendapatkan anak perempuan semula.. tempoh yang cukup panjang dan lama....



selaku anak sulung pada aku la segala eksperimen bermula.. bermula dari didikan awal, pendidikan rendah, pendidikan menengah sehinggala ke pendidikan tinggi dan alam pekerjaan... kadang-kadang aku rasa jadi anak sulung ni perit jugak.. ayah memang tegas dengan aku.. aku tidak begitu bebas berkawan kerana semuanya dalam kawalan ayah... terutama waktu masih kecil.. aku kena jadi dewasa berbanding umur aku..aku 'dilarang menangis' kerana ia menunjukkan aku seorang yang lemah.. aku dididik untuk menjadi seorang yang berani dan cekal... maklumlah pada aku terbeban sandaran tinggi keluarga... harapan keluarga..dengan adik-adik yang masih kecil dan nakal... namun, setelah dewasa kini baru aku sedar didikan dan kawalan keluarga perlu untuk menghadapi dunia luar yang mencabar seperti hari ini.. ayah dan ibu sudah bekalkan ilmu yang cukup untuk aku jadikan benteng hidup sendirian...



adik-adik aku pulak ada 7 orang semuanya... Dygku Siti Ruffianni (meninggal, aku pun ingat-ingat lupa bagaimana rupanya tapi dia memang adik aku yang comel.. kalau dia masih ada sekarang mungkin kami akan menjadi kawan yang paling rapat), Awgku Mohd Alif (21, sekarang ni keje ngan Jabatan Kebajikan Masyarakat), Awgku Mohd Fakhri (19, amik STPM tahun ni), AWgku. Mohd Hazlami (17, amik SPM tahun ni), Awgku Mohd. Zulfadhli (14, SMK Agama Limbang), Awgku. Mohd. Zulfakar (12, baru abis UPSR) dan Dygku Siti Izzah Insyirah (8 tahun ari ni). keluarga aku banyak hero.. so, tak heran la sikap aku dan adik aku yang bongsu sedikit sebanyak terpengaruh dengan mereka..



kami dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.. keluarga aku bukan la orang berada, tapi alhamdulillah keputusan ayah dan ibu untuk ingin tinggal berasingan daripada keluarga besar mereka sedikit sebanyak membawa rahmat... bermula dengan tinggal di pondok kecil sehingga la memiliki rumah sendiri yang mempunyai bilik-bilik yang khas untuk kami semuanya dan lengkap dengan kemudahan yang lainnya yang kami tidak punya semasa zaman kanak-kanak kami... kami dibesarkan dalam acuan yang begitu mementingkan pendidikan dan maruah keluarga.. kami dibesarkan dengan didikan yang tidak keterlaluan dimanjakan.. kami diajar berdikari, sejak kecil lagi tinggal di asrama.. tinggal berjauhan dari keluarga dan hanya balik pada cuti sekolah menguatkan ikatan keluarga...



cuma adik aku yang bongsu tinggal bersama dengan ayah dan ibu sekarang kerana ibu kata dia sunyi kalau semua anak-anaknya tinggal berasingan... betul jugak dengan aku yang sekarang ni sudah berada di Negeri Sabah, Alif di Limbang dan adik-adik yang masih bersekolah tinggal di asrama, aku mengerti perasaan ibu...dan dialah anak yang paling dimanjakan antara kami adik-beradik.. biasalah nama pun anak bongsu, dan dia dilahirkan dalam keadaan ekonomi keluarga sudah keluar dari kemiskinan.. anak yang paling berutung kerana tidak merasai zaman kanak-kanak seperti aku... alhamdulillah....



kata ibu aku agak nakal semasa kecil.. seingat aku aku memang nakal pun.. agak tomboyish, kawan-kawanku banyak lelakibagaimana agaknya aku semasa melewati zaman kanak-kanak aku ek? tunggu di chapter ke-2..

No comments: